Tuesday, 11 October 2011

Seni Tari


Tarian Kuda Kepang

Tarian kuda kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu yang diwarisi dari budaya Jawa dan mempunyai pengaruh Islam. Asalnya tarian ini dipersembahkan oleh pendakwah Islam untuk menarik perhatian penduduk. Kuda kepang dianyam daripada buluh atau kulit binatang. Setelah siap anyaman akan diwarnakan dengan warna yang menarik. Dipersembahkan untuk menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinana atau pada hari-hari perayaan terutama oleh orang berketurunan Jawa.




Tarian Mak Yong

Tarian Mak Yong adalah sejenis tarian tradisional rakyat Melayu. Asalnya dipentaskan sebagai pementasan Diraja sebelum kedatangan Islam. kebanyakkan peranan dilakukan oleh kaum wanita dengan pakaian yang berhias cantik. Dipertontonkan dalam bentuk drama – tari dengan gabungan unsur ritual, lagu, cerita dan dialognya adalah formal dan bersahaja. Cerita berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa-dewa dan seorang tukang lawak. Selain sebagai usur hiburan, Mak Yong ditarikan sebagai cara merawat pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian dan menurun.






Tarian Lilin

Tarian Lilin merupakan sebuah tarian yang dipersembahkan oleh sekumpulan penari dengan diiringi sekumpulan pemuzik. Para penari membawa lilin yang dinyalakan pada piring dan dipegang pada setiap belah tangan. Tarian ini dilakukan dengan berkumpulan. Penari memaparkan pergerakan dengan tarian yang lemah lembut semasa memusingkan lilin supaya api lilin tidak padan sehingga selesai persembahan.

No comments:

Post a Comment