Tikar Mengkuang.
Tikar mengkuang yang telah dianyam menggunakan daun-daun mengkuang yang dicelup berwarna-warni diletakkan di dalam ruang tamu sebagai penyeri ruang. Kehalusan anyaman yang mempunyai berbagai corak dan motif boleh menyerlahkan keindahan ruang. Tetamu dibentangkan tikar yang cantik sementara untuk kegunaan menjemur padi atau sebagai lantai dapur, anyaman mengkuan tidak dicelup warna.
Batik
Batik digunakan secara meluas di Malaysia. Pembuatan batik awalnya dilakukan secara tradisional oleh masyarakat Melayu sejak tahun 1910 lagi. Kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Motif yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik adalah corak-corak Organik dan Geometrik. Batik digunakan dalam majlis-majlis formal dan keramaian kerana coraknya yang menarik dan unik. Pelancong-pelancong asing menggemari batik dan menjadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
Tembikar
Tembikar diperbuat daripada tanah liat dan kegunaan tembikar telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. barang yang diperbuat dari tembikar ialah zawan, mangkuk, pinggan, pasu dan sebagainya, tembikar yang popular di Malaysia ialah labu sayong. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar.








